Monday, October 6, 2014

BAB 1 : SEJARAH AWAL NEGARA

1.0                KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Sebelum lahirnya sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukkan negara Malaysia. Perkembngan kebudayaan kerajaan –kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi. Aspek-aspek ini membuktikan bahawa akar pembentukkan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.

1.1.1    KERAJAAN MELAKA

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

PENTADBIRAN KERAJAAN MELAKA

Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.


FAKTOR -FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
   
                                                 i.            Faktor semulajadi atau geografi
                                                ii.            Faktor ekonomi

                                               iii.            Faktor politik dan pentadbiran

 KEJATUHAN MELAKA
       
            a)     Faktor dalaman
·        Kelemahan pemerintah Melaka
·        Kelemahan sistem pertahanan
·        Kurangnya perpaduan rakyat
·        Sikap pembesar
·        Pegangan agama yang lemah
           b)    Faktor luaran
·        Penemuan Tanjung Harapan
·        Pengkhianatan dalam kalangan pembesar
·        Perisikan dan pengintipan
·        Peperangan

1.1.2 KERAJAAN JOHOR

Sejarah Johor bermula pada tahun 800 Masehi, sebagai salah satu penempatan perdagangan yang penting di Semenanjung emas (Tanah Melayu). Di awal tahun 1300 Johor menjadi negeri di bawah lindungan Empayar Majapahit (Indonesia). Di antara 1400 hingga 1511, Johor menjadi sebahagian dari jajahan Kerajaan Kesultanan Melaka. Pada 1511, apabila Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Pahang dan kemudian ke Bentan. Diantara tahun 1511 hingga 1526 Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Manakala angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Pedro Mascarenhaas juga dihantar untuk menyerang Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda digantikan oleh puteranya Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II sebagai Raja Tanah Ujung dan Bentan yang kemudiannya dikenali sebagai JOHOR. Pusat pentadbirannya di Pekan Tua. Kesultanan Johor ini juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Seorang lagi putera Sultan Mahmud yang bernama Raja Muzaffar kemuadiannya dirajakan di Perak dan bergelar Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama. Pada tahun 1533 Johormenyerang Melaka tapi gagal dan pada tahun 1535 Portugis pula menyerang Pekan Tua. Sultan Johor membuka pusat pentadbiran baru di Sayong Pinang. Pada 1540, Johor meluaskan jajahannya ke Aru, Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan di Sumatra. Pada 1551, Johor bergabung dengan Perak, Pahang dan Jawa menyerang Melaka tetapi masih gagal. Johor seterusnya menawan Acheh pada tahun 1554. Peperangan antara Johor dan Portugis di Melaka berterusan sehingga tahun 1564.Mulai 1608, Johor berkerjasama dengan Belanda yang berpengkalan di Bengkahulu (Bencoolen) bagi menyerang Melaka secara berterusan sehingga berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Pada tahun 1613, Acheh yang dipimpin oleh Raja Iskandar Muda Mahkota Alam pula menyerang Johor. Ibu kota Kerajaan Johor dipindahkan pula ke Batu Sawar. Pada 1623, Batu Sawar pula dimusnahkan oleh Acheh, lalu ibu kota Johor dipindahlan pula ke Riau.
          Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat (dibunuh oleh Laksamana Bentan semasa dijulang untuk ke masjid- digelar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang). Oleh kerana baginda masih bujang dan tiada pewaris, maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah dirajakan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Pusat pentadbiran berpindah ke Johor Lama. Pada tahun 1670, Jambi dengan bantuan Belanda pula menyerang Johor, Sultan melarikan diri ke Pahang. Pada 1673, tentera Johor yang diketuai Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengalahkan tentera Jambi. 1718 - Raja Siak (Raja Kechil) menyerang dan menawan Johor) bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. 1722 Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah) denganbantuan Bugis berjaya menewaskan Raja Kechil) dan menawan semula Kerajaan Johor. Pada tahun 1802 berlaku perpecahan di kalangan pembesar-pembesar Johor, Sultan di Lingga (dikuasai pengaruh Bugis), Temenggung di Singapura/Tanah Besar dan Bendahara di Pahang. Pada 6 Feb 1819 satu perjanjian (treaty)di antara Stamford Raffles dengan Tengku Abd Rahman.Empayar Kesultanan Johor dibahagikan kepada dua bahagian.Kerajaan Riau di sebelah selatan diperintah oleh Sultan Abdul Rahman manakala Kerajaan Johor di sebelah utara diperintah oleh Sultan Hussein (abang Sultan Abdul Rahman).

PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR
·   Pada tahun 1528-1721,pusat pentadbiran kerajaan johor sentiasa berpindah-pindah   kerana berlaku serangan Portigis dan Aceh,serta berlaku pergantian sultan.
·        Pada tahun 1528 pusat pentadbiran kerajaan Johor diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah di Hulu Sungai telor,tahun 1535 berpindah ke Sayong dan tahun 1540 ke Johor Lama.Sultan Muzaffar Syah memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Seluyut.Pusat pentadbiran dipindahkan ke Tanah Puteh oleh Sultan Ali dan kembali ke Johor Lama di Batu Sawar,akhirnya,tahun 1608berpinda ke Pasir Raja
·        Pada tahun 1623,Sultan Abdullah Muayat Syah berpindah ke Lingga apabila diserang oleh Aceh,baginda berundur  ke Pulau Tambelan dan mangkat,pengganti baginda Sultan Abdul Jalil Syah mendirikan Kota di Batu Sawar semula tetapi berpindah ke Pahang pada 1673 apabila Johor tewas di serang Jambi.
·        Baginda mangkat  pada 1677,Sultan Ibrahim mendirikan kota di Pulau Bentan.Pengganti baginda Sultan Mahmud telah dibawa bendahara ke Kota Tinggi pada 1688 dan membagunkan kotanya di sana.
Sultan Mahmud di Kota Tinggi pada 1699,setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.
Pada 1718,kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari
Siak.Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Riau di Pulau Bentan.Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah berjaya dikalahkan oleh  Raja  Sulaiman.pada 1722,Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan bersemayam di Pulau Bentan


       
      1.2  PENDUDUKAN KUASA ASING

a)     Portugis
b)    Belanda
c)     British
d)    Jepun

     1.2.1 PENDUDUKAN PORTUGIS

·        Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu pada tahun 1511 sehingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menduduki Melaka, Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya.
·        Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar Bandar Melaka. Matlamat asalnya unutk mengembangkan agama Kristian juga tidak begitu berkesan.Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga kehari ini ialah kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.
·        Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk millimeter atau ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka (dikenali sebagai Gabenor Selatan)
·        Sepenjang pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem  :

ü Kapal pedagang wajib membayar cukai enam hingga 10 peratus dari hasil dagangan mereka
ü Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang

ü Diskriminasi terhadap pedagang islam

1.2.2 PENDUDUKAN BELANDA

·        Orang Belanda mula berdagang di Kepulauan Melaka pada abad ke-17.
·        Pusat perdagangan utamanya ialah Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa
·        Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menguasai perdagangan rempah di Kepualauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.U
·        Untuk mencapai tujuan ini, Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di Alam Melayu

1.2.3 PENDUDUKAN BRITISH
·        Penjajahan British telah meninggalkan banyak kesan. British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat dengan kekayaan di tanah melayu
·        Pada peringkat awal kemasukan mereka ke Tanah Melayu, British bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi
·        Lama-kelamaan keinginan teru menguasai telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu
Campur Tangan British dalam Politik Negeri-negeri Selat

ü Campur Tangan di Perak
ü Campur Tangan di Selangor
ü Campur Tangan di Sungai Ujong
ü Campur Tangan di Pahang
ü Campur Tangan di Negeri Sembilan

Negeri-negeri Selat (NNS)

·     Setelah British berjaya menduduki  negeri-negeri di Tanah Melayu, mereka telah bertindak menyatukan wilayah tersebut di bawah satu pentadbiran iaitu NNS.
·   NNS diketuai oleh gabenor dan setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)

·   Pada tahun 1895 melalui Perjanjian Persekutuan, British telah menubuhkan NNMB yang menggabungkan keempat-empat negeri terbabit
·   NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Residen Jeneral bertanggngjawab kepada gabenor NNS

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)

·  Gabungan NNMTB terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok
·    Mengikut perjanjian empat buah negeri yang teletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British
·   NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas kuasa Residen di NNMB

1.2.5  PENDUDUKAN  JEPUN

·    Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada tahun 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945

Faktor-faktor kejayaan Jepun :

Ø Ketidaksedaran tentera British untuk menghadapi peperangan
Ø Kelemahan pertahanan laut tentera Inggeris
Ø Persediaan tentera Jepun yang lengkap
Ø Tentera Jepun yang cukup terlatih

Pentadbiran Jepun

·  Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera kawasan ketujuh di Singapura
·    Setiap negeri diketuai oleh seorang Gabenor Jepun yang dibantu oleh Majlis Wilayah(penasihat) yang bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri 

4 comments:

  1. Alhamdulillah blh lah buat quiz esok

    ReplyDelete
  2. Play emperor casino online in Canada | Playercasino
    How to Play in Canada · Download this casino game. · Go to the 'My 제왕 카지노 Games Store' menu on the right hand side and tap it. · Click on the 'Play casino' icon. · Tap on it. · 샌즈카지노 Tap 바카라

    ReplyDelete