Wednesday, October 8, 2014

BAB 2 : PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pengenalan
Negara malaysia ini mencapai kemerdekaan setela melalui suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semanagat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu,semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.

2.1 PERJUANGAN KEMEDEKAAN

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.

  Perjuangan kemerdekaan di negara ini berkembang secara menyelurh mulai awal abad ke-20,ekoran kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat yang bersandarkan aspek-aspek keagamaan,sosial,ekonomi dan politik.Semangat nasionalisme dan perjuangan mereka ditunjukkan melalui akhbar-akhbartempatan dan penubuhan persatuan.Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.

PEMBENTUKAN MALAYSIA
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Tarikh 31 Ogos 1957 amat bermakna dan memberikan banyak kesan yang amat mendalam kepada pembangunan setiap sudut(ekonomi,politik dan sosial) negara ini.Pada waktu tersebut negara hanya terdiri daripada persekutuan tanah melayu.Negara berdaulat yang lahir pada tarikh tersbut tidaklah sama dengan negara yang wujud pada hari ini. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )

JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . Antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali ( Brunei ).
Antara tujuan JPPM ditubuhkan ialah:
Ø Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan Sarawak ).
Ø Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
Ø Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961)Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
Ø Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
Ø Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.   
Ø Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
Ø Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
Ø Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
Ø Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
Ø Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Ø Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu

SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.Matlamat penubuhan suruhanjaya cobbold ini adalah untuk:
Ø menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini
Ø membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :
Ø Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.
Ø Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
Ø Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

REFERENDUM SINGAPURA
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura.Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhbung penubuhan Malaysia.Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujuan bukan bertujuan membenarkan rakyat singapura menolak penubuhan malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia
  Kesimpulannya,Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .

1 comment:

  1. Lucky Club | Live Casino Website Review
    Lucky Club is a brand new online gaming platform that brings together luckyclub the best of the best of the best. You can access all the games at the casino through

    ReplyDelete