Sunday, October 12, 2014

BAB 4 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri.Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan undang-undang laut melaka dan hukum kanun melaka.Sementara itu,negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu adat temenggung dan adat perpatih biasanya diamalkan di negeri sembilan dan melaka.Masyarakat melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka.Situasi inimenggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu.Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

4.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan.Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan.Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintahan atau rakyat.Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

4.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGGAN

Apabila British kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.
Secara umumnya Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.Perlembagaan Bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama iaitu,
Ø Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
Ø Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
Ø Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

·       Perlembagaan Tidak Bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat prinip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen,contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

4.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1). Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat. Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal. Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

4.4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
  • Bahasa Melayu

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan(lingua franca) semenjak abad ke-15 dengan wujudnya kesultanan melayu melaka.Pada masa itu, bahasa ,melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia.Namun kepentingan bahasa-bahasa lain tetap dilindungi dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang atau di tegah daripada menggunakan bahasa -bahasa lain, selain bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun , perlu di ingatkan bahawa bahasa Malaysia adalah bahas yang digunakan untuk tujuan rasmi. sebagai tambahan, melalui Akta Bahasa Kebangsaan ,1963/67 , Seksyen 9, tulisan rumi telah diperuntukkan sebagai tulisan Kebangsaan.

  • Peruntukan tentang Kewarganegaraan

Individu yang cukup syarat dan mencapai taraf kerakyatan negara akan diterima sebagai warganegara Malaysia. Setiap warganegara diberi hak dan keistimewaan yang tertentu seperti yang telah di peruntukan dalam perlembagaan. Sehubungan dengan itu setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan kewajiban-kewajiban yang tertentu yang perlu dilaksanakan terhadap bangsa dan negara. Tanggungjawab seorang warganegara ialah menjunjung dan mempertahankan perlembagaan. setiap warganegara perlu tunjukkan rasa taat setia yang tidak berbelah kepada negara , mengundi semasa pilihanraya jika memenuhi syarat sebagai pengundi, mematuhi undang-undang negara, membayar cukai yang ditetapkan untuk faedah bersama, dan mempertahankan negara jika diancam musuh.
Sebagai warganegara setiap individu dilindungi undang-undang atau diberi hak -hak tertentu. Antaranya termasuklah perlindungan keselamatan diri dan harta benda, kemudahan pendidikan dan kesihatan, kebebasan beragama, bercakap dan berkumpul seperti yang dijamin oleh perlembagaan


  • Peruntukan tentang hak asasi

Hak asasi ialah hak yang penting bagi seseorang individu mengembangkan potensi diri sama ada dari segi aspek rohani, jasmani dan emosi. Dalam perlembagaan Malaysia, istilah yang digunapakai untuk hak asasi ialah KEBEBASAN ASASI bukan hak Asasi. Kebebasan asasi ini terbahagi kepada tiga, iaitu kebebasan beragama, kebebasan diri dan kebebasan ekonomi.
Kebebasan beragama diperuntukkan dalam perkara 11 dan 12 Perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini setiap individu bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing, walaupun agama rasmi ialah agama Islam. Perkara 5 , Fasal (1) memperuntukkan individu yang bersalah disegi undang -undang tidak boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya seperti bercakap, kebebasan berkumpul, dan kebebasan menubuhkan persatuan di negara ini. Tiada individu yang boleh diseksa, dipaksa bekerja , dihukum dan dibuang negeri selagi tidak didapati melangggar undang-undang. Setiap sesuatu tindakan yang hendak dikenakan terhadap seseorang individu ituperlu mengikut garis panduan yang ditetapkan undang-undang. Setiap individu boleh bekerja untuk mencari rezki dinegara ini selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Begitu juga kebebasan ekonomi yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Individu juga berhak memiliki harta dan jika hartanya di ambil oleh kerajaan , pampasan yang setimpal perlu diberikan

KESIMPULANNYA
 Kewujudan perlembagaansebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,namun perlembagaan tersebut telah berjaya melicinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di malaysia.Hal ini kerana,sejarah pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuan semua kaum.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.Setiap warganegara Malaysia perlu sedar bahawa walaupun terdapat peruntukan kebebasan asasi setiap warganegara adalah bebas melakukan apa-apa sahaja.Walau bagaimanapun,kebebasan ini ada hadnya.Kebebasan yang boleh menjejaskan keamanan negara perlu dielakkan kerana ia boleh memusnahkan negara.




No comments:

Post a Comment